Resepi : Laksa Penang

Thursday, January 10, 2008 | Labels: | |

gambar ini diambil dari link ini

Bahan:-

1 bungkus laksa (basah/kering) - dicelur dahulu
1 kati ikan curut/sardin (ikan temenung pun boleh tapi tak berapa sedap)
15-20 biji cabai kering - dikisar
2 biji bawang besar- dikisar
1 batang serai - dikisar
Sedikit belacan - dikisar
Sedilit asam keping/asam jawa
1 biji timun
1 pokok daun salad
Sedikit daun pudina & daun cenohong
1 biji bunga kantan
1 biji cili hijau & cili merah
1 biji bawang besar
Garam

Cara-caranya :-

1. Ikan dibersihkan terlebih dahulu dan direbus.
2. Keluarkan ikan dan asingkan isi ikan dengan tulang.
3. Air rebusan ikan tadi ditapis ke dalam periuk yang
lain dan bolehlah nyalakan api.
4. Masukkan bahan yang telah dikisar tadi.
5. Masukkan pula sedikit bunga kantan (dengan batangnya sekali)
serta daun cenohong. Perah air asam atau masukkan asam keping.
6. Tulang ikan dikisar halus dan ditapis ke dalam periuk tadi.
7. Akhir sekali masukkan isi ikan ( boleh juga dikisar ) serta garam.
8. Laksa yang telah siap dicelur bolehlah dimasukkan timun,
daun salad, bawang besar, cili, daun pudina serta bunga kantan
yang telah dihiris halus.

Nak tambah sikit, masukkan lengkuas dan kisar besama-sama dengan bahan lain.
Bukan apa untuk wangikan. Tapi kalau kami kat kedah, kuah laksa tak masuk serai.
Tapi kalau masuk pun tak der masalah.
Mengenai asam, gunakan dua-dua jenis asam .
Ni petua yang saya dapat dari penjual laksa sendiri .
Asam keping ialah untuk memasamkan dan asam jawa untuk menambahkan masam
dan juga ada juga rasa manis . So kuah laksa tu taklah masam sangat

resepi ini diambil dari ebook adik..
penulis sebenar resepi ini adalah: ismariza@sanma.po.my
dan penambah baikan oleh: NOORHAYATI@uhkl.edu.my

1 comments:

  1. suriya says:

    TERIMA KASIH BYK.... SEDAP BETULLLL