From: noraini noraini@antara1.po.my
PETUA
1. Memasak mee hailam atau masakan mee berkuah yang sedap
hendaklah menggunakan air rebusan, jangan menggunakan air paip - tak kick..
2. Mee yang hendak digunakan hendaklah dibasuh terlebih dahulu
untuk membuang lebihan minyak dan soda yang digunakan.
Dengan cara ini juga mee akan tetap lembut.
Cara-cara menyediakan air rebusan
1kg rangka ayam 1 ½ liter air,
1 labu bawang putih
1 inci halia yang telah diketuk.
1. Masaklah hingga mendidih dan renehkan hingga airnya berubah
menjadi keruh dan tinggal separuh sahaja.
2. Kemudian ditapis dan dicampurkan sedikit lada sulah dan
sedikit tepung jagung. Renehkan hingga pekat.
3. Sedia digunakan untuk memasak mee/mihun/ kuetiaw
Bahan-bahan MEE HAILAM
Mee kuning
Bawang putih diketuk
sedikit lada kisar, jika suka pedas
minyak untuk menumis
garam dan serbuk perasa
air rebusan ayam + kicap pekat dan sos tiram
sedikit udang/sotong/fishball/ayam
Sayur sawi/kailan/babycorn/karot/bunga kobis
cili merah, dipotong-potong
sedikit daun sadri dan potongan limau nipis.
Cara Menyediakannya
1. Panaskan minyak, tumiskan bawang putih dan lada kisar.
Campurkan udang/sotong/fishball dan isi ayam.
2. Kemudian masukkan air rebusan, kicap pekat, sos tiram,
garam dan serbuk perasa.
3. Bila telah mendidih, masukkan sayur-sayuran dan akhir sekali mee.
Kacau-kacaukan sebentar kemudian bolehlah diangkat.
Ketika menghidang, taburkan sedikit potongan cili merah,
daun sadri dan juga potongan limau nipis. Boleh juga dihidangkan
bersama cili hijau jeruk
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Video of the Day
Tujuanku adalah untuk menghimpun semua resepi masakan dan contoh hasil masakan untuk kemudahan masyarakat.
credits:
resepi siber 2002 sebagai panduan,
resepinannie,
resepimasakankini,
--akan ditambah lagi panduan--
0 Response to "Resepi : Mee Hailam"
Post a Comment