Resepi : Lontong

Gambar ini diambil dari link ini

From: noraini noraini@antara1.po.my

Bahan-bahannya
Nasi impit secukupnya
** nasi impit untuk lontong sebenarnya direbus dalam daun pisang.
Sayur lodeh
Sambal kacang
Serunding kelapa

Cara Menyediakannya
1. Potong nasi impit kecil-kecil dan masukkan dalam mangkuk.
2. Campurkan sedikit sambal kacang, serunding kelapa dan sayur lodeh.
3. Hidangkan lontong bersama sambal tumis ikan bilis atau sambal
telur rebus, ayam masak merah dsb.
4. Hidangkan panas-panas.

Sayur lodeh
300gm udang hidup, buang kulitnya
2 bijilada merah,
1 biji bawang besar, dimayang
2 ulas bawang putih,
5 ulas bawang merah,
1 inci kunyit hidup dan
segenggam udang kering ditumbuk
2 batang serai, dititik
minyak untuk menumis dan garam secukup rasa
sedikit fucuk dan suhun, direndam

sayur-sayurannya - dipotong kecil mengikut suka
1 batang karot
1 ikat kacang panjang
½ biji kobis
1 biji sengkuang
3 keping tempe, digoreng
3 keping tauhu digoreng
2 biji kentang, digoreng

Cara Membuatnya
1. Panaskan sedikit minyak, tumiskan bahan-bahan yang
ditumbuk dan serai hingga wangi.
2. Masukkan udang dan kacau hingga udang masak.
3. Kemudian masukkan santan, garam dan serbuk perasa
diikuti sayur-sayuran, suhun dan fucuk serta lada
hidup dan bawang besar. Kacau selalu supaya tidak pecah minyak.

Sambal kacang
RM 1.00 kacang tanah, digoreng dan ditumbuk jangan terlalu lumat
sedikit minyak untuk menumis
sedikit rempah tumis (buah pelaga, kulit kayu manis dan bunga lawang)
sedikit ketumbar dan jintan, disangai dan ditumbuk halus
garam dan sedikit gula merah
santan pekat ½ biji kelapa

Bahan ditumbuk halus
10 biji lada kering atau ikut pedas yang diingini
5 biji bawang merah
2 biji bawang putih
sedikit belacan
2 batang serai
sedikit lengkuas dan halia
2 biji buah keras

Cara Memasaknya
1. Panaskan minyak dan tumiskan rempah tumis.
Bila wangi, masukkan bahan yang ditumbuk dan
kacau hingga garing. Bila telah garing, masukkan
garam dan gula serta ketumbar jintan tadi.
2. Kemudian masukkan santan dan akhir sekali masukkan
kacang tanah goreng tadi. Kacau hingga pekat dan pecah minyak.
3. Sesuaikan rasa dan bolehlah dihidangkan.

Bahan untuk Serunding kelapa
½ biji kelapa parut
garam, gula dan serbuk perasa
sedikit air asam jawa
minyak untuk menumis

Bahan tumbuk
1 batang serai
5 - 6 biji lada kering - lebihkan jika suka pedas
5 biji bawang merah
2 biji bawang putih
sedikit kunyit, lengkuas dan halia
sedikit ketumbar, jintan putih dan jintan manis
segenggam udang kering atau ikan bilis
sedikit belacan

Cara menyediakannya
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk hingga garing dan wangi.
2. Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa.
3. Akhir sekali masukkan kelapa. kemudian terus dikacau atas api
kecil sehingga agak kering.
4. Sesuaikan rasa dan angkat.

OPTION
From: "shikien" shikien@sapura.com.my

Nak tahu cara buat kuah lontong, insyaalah saya boleh bagi cara yang
biasa saya buat. Simple aje janji udang kering banyak dan campurkan
juga udang basah dan sotong rendam.

Sayur yang dipakai jangan merapek taruk macam-macam. Yang penting
• tempe di goreng setakat elakkan dia hancur dalam kuah (3/4 masak),
• perut tahu dan su'un direndam,
• carrot potong dalam 1 1/2",
• kobis, kacang panjang,
• lada merah belah dua (up to you banyak mana),
• tahu digoreng dan potong empat,
• dan last campur cendawan yang kerinting warna hitam,
some people call it cendawan telinga kera (rendam dulu).

Cara
1. Bawang merah tengok banyak mana you masak, blend sekali dengan udang kering.
2. Masukkan dalam periuk yang ada bahan-bahan diatas. Tak payah tumis.
3. Masukkan santan cair dan last santan pekat. Jaga santan jangan pecah lemak.
4. Jangan lupa masukkan serai yang dititik dan serbuk kunyit so cantiklah
rupanya nanti. Insayallah jadilah kuah lodeh tu nanti. Kalau tak jadi
inform I ya. Selamat mencuba.


0 Response to "Resepi : Lontong"

Video of the Day

Tujuanku adalah untuk menghimpun semua resepi masakan dan contoh hasil masakan untuk kemudahan masyarakat. credits: resepi siber 2002 sebagai panduan, resepinannie, resepimasakankini, --akan ditambah lagi panduan--