Resepi Kek Lapis Choco-Horlicks Kukus

Resepi Kek Lapis Choco-Horlicks Kukus


Resepi Kek Lapis Choco-Horlicks Kukus

Bahan-Bahan

250g mentega tulen
1/2 cawan gula halus
5 biji telur gred A
1/2 tin susu pekat manis-sy letak 1/2 cwn
70g horlicks- sy letak 1/2 cwn
30g serbuk koko- sy letak 3 sudu besar
1 sudu teh esen vanila
1/2 cawan tepung hongkong/gandum

Cara-Cara

1.Panaskan kukusan terlebih dahulu.(pastikan tutup ketika memanaskan pengukus) dan gris loyang dengan mentega dan lapikkan kertas minyak.

2.Pukul mentega dan gula halus sampai berkrim
Masukkan telur satu persatu. (Masuk sebiji,pukul sebati baru tambah sebiji lagi).

3.Masukkan pula esen vanila dan gaul sebati. Masukkan susu pekat dan tepung hongkong sedikit demi sedikit sambil digaul rata.(jika menggunakan mixer,pastikan guna speed paling perlahan.

4.Gaul sebati menggunakan senduk dan bahagi 2 bahagian
Bahagian 1 masukkan horlicks,kacau sebati dan warnakan kuning. Bahagian 2 pula masukkan serbuk koko dan kacau sebati.

5.Pastikan pengukus sudah mendidih sebelum mula mengukus.. Kukuslah berselang seli warna sehingga habis.. setiap lapisan mengambil masa 6 minit(bergantung kuat atau perlahannya api dapur)

7.Tutup loyang dengan aluminium foil ketika mengukus untuk mengelakkan air kukusan menitis di atas kek.
Kukus selama setengah jam lagi selepas kukusan terakhir

Jom share resepi ramai-ramai


2014-10-09T03:59:58+0000
Original Link

0 Response to "Resepi Kek Lapis Choco-Horlicks Kukus"

Video of the Day

Tujuanku adalah untuk menghimpun semua resepi masakan dan contoh hasil masakan untuk kemudahan masyarakat. credits: resepi siber 2002 sebagai panduan, resepinannie, resepimasakankini, --akan ditambah lagi panduan--