RESEPI PUDING CENDOL GULA MERAH <3
RESEPI PUDING CENDOL GULA MERAH <3
.
Bahan A :
â" 5 gram agar-agar serbuk - Jenama NONA.
â" 60 gram gula merah.
â" 6 camca besar gula.
â" 1 helai daun pandan - disimpul.
â" 650 ml air.
â" Sedikit pewarna coklat.
â" 2 sudu besar gula pasir - Jika perlu.
.
Bahan B :
â" 5 gram agar-agar serbuk.
â" 300 ml pati santan.
â" 400 ml air.
â" 1 camca besar gula.
â" 1 helai daun pandan - disimpul.
â" 1/2 sudu kecil garam halus - bagi rasa lemak sahaja.
â" Cendol secukupnya.
.
Cara-cara :
1. Agar-agar gula merah :
â Satukan gula merah,gula pasir,daun pandan dan 200 ml air, masak hingga gula larut, tapis dan ketepikan.
â Satukan baki air dengan serbuk agar-agar.
â Kacau rata dan masak hingga mendidih dan agar-agar larut.
â Tuang gula merah dan masukkan sedikit pewarna coklat.
â Biar mendidih perlahan dan jika kurang manis,tambah gula lagi, ikut manis mana yang anda suka.
â Tuang ke dalam loyang berukuran 7 inci x 7 inci x 3 inci atau acuan pilihan. Ketepikan sebentar.
.
2. Agar-agar santan B :
â Satukan serbuk agar-agar,air,daun pandan dan gula,kacau rata dan masak hingga mendidih.
â Tambah santan dan kacau rata.
â Masukkan sedikit garam biar rasa lemak-lemak,kacau rata dan biar suam.
.
3. Agar-agar cendol :
â Bila agar-agar gula merah hampir keras,cakar-cakar permukaannya dengan garfu,kemudian tabur cendol secukupnya diatas agar-agar gula melaka tadi. Ratakan.
â Tuang pula agar-agar santan perlahan-lahan atasnya hingga habis.
â Biar hingga hilang wap panas,kemudian simpan dalam peti sejuk hingga agar-agar keras.
â Potong dan hidangkan sejuk.
â Sedia untuk dihidangkan.
.
SELAMAT MENCUBA (Y)
LIKE / TAG / SHARE
2016-03-16T12:00:01+0000
Original Link
0 Response to "RESEPI PUDING CENDOL GULA MERAH <3"
Post a Comment