BUAH MELAKA SEDAPPP Bahan-bahannya 1/5 cawan tepung pulut1/2 cawan tepun...

'BUAH MELAKA SEDAPPP Bahan-bahannya 1/5 cawan tepung pulut 1/2 cawan tepun...'

BUAH MELAKA SEDAPPP

Bahan-bahannya

1/5 cawan tepung pulut
1/2 cawan tepung beras
2 keping gula kabung-potong dadu 4 segi kecil
1/2 biji kelapa parut putih sahaja digaul dengan sedikit garam
sedikit pewarna hijau
sedikit air-untuk bancuhan(bolih juga guna air daun pandan kalau rajin lagi wangi tak perlu guna pewarna)

Cara-caranya

Masukkan tepung pulut dan tepung beras dalam mangkuk.Masukkan air sedikit demi sedikit .Bancuh adunan jangan terlalu lembik.Ambil tepung sebesar ibu jari,leperkan dan isi gula kabung dan tutup tepung tadi.Sementara kita ulangi proses membalut buah melaka bolihlah jerang air untuk merebus buah melaka.Bila air mendidih bolihlah masukkan buah melaka.Tunggu sampai ianya timbul baru bolih diangkat.Gaulkan buah melaka dengan kelapa,ulangi sampai habis.

p/s:Resepi ini saya pelajari dari arwah nenek saya tetapi nenek lebih suka warna asli tepung.Dia akan membuat buah melaka ini sepanjang bulan ramadhandan bagi kami para cucu-cucu amat sukakannya…Selamat mencuba… See More[1]

References

  1. ^ See More (www.facebook.com)
LikeTweet

0 Response to "BUAH MELAKA SEDAPPP Bahan-bahannya 1/5 cawan tepung pulut1/2 cawan tepun..."

Video of the Day

Tujuanku adalah untuk menghimpun semua resepi masakan dan contoh hasil masakan untuk kemudahan masyarakat. credits: resepi siber 2002 sebagai panduan, resepinannie, resepimasakankini, --akan ditambah lagi panduan--