Resepi Roti Jala Yang Lazat



Resepi Roti Jala Yang Lazat

Bahan-bahan.

-2 cawan gandum.

-2 cawan air.

-1 biji telur.

-sedikit garam

- sedikit serbuk kunyit n sedikit pewarna kuning telur.

( semua bahan diatas perlu dikisar menggunakan blender sehingga sebati. Kemudian dgn menggunakan acuan roti jala, anda boleh melakarkan roti jala anda diatas kuali non stick).

Kuah kari ayam:

- 1/2 bhg ayam diptg sederhana kecil.

-santan(sebiji kelapa-perahan pertama).

-1 peket rempah kari ayam adabi.

-2 biji kentang. -1btg kayu manis.

-2 biji bunga lawang.

-3 biji buah pelaga.

-1 labu bwg besar.

-3 biji bwg merah.

-4 ulas bwg putih.

-1 sb cili kering.

- sedikit myk utk menumis.

-1keping asam keping.

Cara2: -bwg besar,bwg merah n bwg putih di blend . Kemudian campur cili kering dan rempah kari.kisar sehingga sebati. -panaskan myk terlebih dahulu goreng kayu manis, bunga lwg n buah pelaga sekejap kemudian masukan bahan yang telah diblend.

Tumis sehingga naik bau dan pecah minyak. -masukkan ayam dan ubi kentang. Gaul sehingga sebati. -apabila ayam sudah sebati dengan rempah tumis, masukkan pati santan. Kacau. Masukkan asam keping, garam dan secukup rasa. -Biarkan ia masak sehingga pecah minyak.

-sekiranya terlalu pekat boleh tambah sedikit air.

LikeTweet

0 Response to "Resepi Roti Jala Yang Lazat"

Video of the Day

Tujuanku adalah untuk menghimpun semua resepi masakan dan contoh hasil masakan untuk kemudahan masyarakat. credits: resepi siber 2002 sebagai panduan, resepinannie, resepimasakankini, --akan ditambah lagi panduan--