Resepi Kuih Wajik Yang Sedap



Kuih Wajik merupakan sejenis pulut manis yang pada asasnya dimasak dengan nisan kelapa. Terdapat pelbagai cara penyediaan wajik, dan pelbagai perasa yang dicampurkan kepadanya.

Resepi  Kuih Wajik 

Bahan-bahan

300 gm beras pulut

150 gm gula nisan

150 gm gula pasir

2 biji kelapa diparut

1 helai daun pandan

Secubit garam

Secubit kapur (dilarutkan dengan 1 sudu teh air)

Cara-cara


Pulut direndam selama tiga jam sebelum di toskan. Kemudian pulut dikukus dalam kukusan selama 40 minit sebelum di sejukkan di dalam talam. Kelapa parut diperah patinya dengan kain jarang.

Perah santan keduanya dengan empat cawan air. Masak gula nisan dengan satu cawan air. Manakala gula larut tapis. Secubit garam. Masak air gula merah bersama gula putih dan santan kedua. Masak sehingga air gula pekat dan berbenang, angkat dengan sudip.

Masukkan pati santan. Ketika mendidih masukkan pulut. Kacau selama 1/2 jam lagi dengan api perlahan. Masukkan 1 sudu teh kapur. Kacau hingga sebati. Masukkan ke dalam talam yang dialas dengan daun pisang.

Sumber: http://ms.wikipedia.org[1]

References

  1. ^ http://ms.wikipedia.org (ms.wikipedia.org)
LikeTweet

0 Response to "Resepi Kuih Wajik Yang Sedap"

Video of the Day

Tujuanku adalah untuk menghimpun semua resepi masakan dan contoh hasil masakan untuk kemudahan masyarakat. credits: resepi siber 2002 sebagai panduan, resepinannie, resepimasakankini, --akan ditambah lagi panduan--