Kek stim tembikai merah
Bahan2nya:
225 butter
1 cup gula castor
5 biji telor
1/2 tin susu pekat manis
1/2 cup kaya
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla
cup yg digunakan adalah cup utk sukat tepung
3 warna -
merah +pes stoberi
hijau + pes pandan
warna asal + sedikit pes lemon
coklat cip utk di jdikan biji tembikai..
Panaskan penggukus
pukul gula,butter smpi kembang
masukan pula telor satu per satu pukul lagi
masukan pula susu,kaya,esen pukul lagi
masukan pula tepung pukul smpi sebati
bahagikan adunan kepada 3 bahagian dan warnakan-( lebihkan adunan utk warna merah..yea..dan 1 -hijau..dan 1 lgi warna asal
loyang disapu sedikit butter dan di renjis sedikit tepung
masukan adunan merah ditabur coklat chip dan ratakan ..tutup loyang dgn aliminium foil dan kukus slama 10-15 minit atau sehingga adunan tidak bergerak..buka kukus masukkan adunan warna asal ttup blik dgn aliminium foil..kukus..selama 10 -15 minit lgi..
kemudian warna hijau ulangi langkah sama…dah yg akhir nie kukus sehingga 30- 35 minit atau sehinnga masak…
guna lidi utk tentukan kek betul2 masak yea..
p/s;-
sapu mentega..pastu tabur kan sedikit tepung pada loyang nie….bru tuang adunan….InsyaAllah..xmelekat sllu mmg wat camtu mmg xmelekat ..mase kek dah masak kuarkan pastu biar sejuk skit bru kuarkan dari loyang yea…api kukusan kena sederhana jgn kuat sgt…Loyang ni xde penutup…kena tutup dgn Aliminium foil mse mngukus yea..supaya wap air xmasuk kedlm loyang..
~SELAMAT MENCUBA~
0 Response to "Resepi Kek Stim Tembikai Merah"
Post a Comment