Resepi Kuih Tok Aji Serban



Resepi Kuih Tok Aji Serban

(Kuih tradisional pantai timur terengganu dan kelantan)

Bahan bahan:-

# Lapisan bawah

2 cawan beras pulut

1 1/2 cawan santan cair + secubit garam

# Lapisan Atas

1 1/2 cawan santan pekat

1/2 cawan gula melaka

1/2 cawan gula pasir

(kalau nak lebih manis boleh lebihkan)

5 biji telur – gred A

secubit garam

daun pandan

**saya gandakan adunan ini untuk lapisan atas yang lebih tebal**

Cara cara:-

# Lapisan bawah

Basuhkan beras pulut dan rendamkan selama 1 jam.

Toskan, masukkan kedalam loyang dan masukkan santan.

Kukus selama 20 minit hingga masak

Bila dah masak, keluarkan dari kukusan dan mampatkan, tekankan pulut dengan senduk plastik

# Lapisan atas

Cairkan gula melaka dengan sedikit air bersama daun pandan yang disimpul.

Bila gula melaka dah cair biarkan seketika hingga suam.

Masukkan telur,santan, garam dan gula melaka yang telah dicairkan tadi ke dalam mangkuk.

Kacau semua hingga betul2 sebati.

Tapiskan dan tuangkan ke atas pulut yg telah di kukus tadi.

Kemudian kukus semula selama 30 minit @ hingga masak

Tunggu biar betul2 sejuk barulah di potong.

Selamat mencuba!


LikeTweet

0 Response to "Resepi Kuih Tok Aji Serban"

Video of the Day

Tujuanku adalah untuk menghimpun semua resepi masakan dan contoh hasil masakan untuk kemudahan masyarakat. credits: resepi siber 2002 sebagai panduan, resepinannie, resepimasakankini, --akan ditambah lagi panduan--