Resepi Chocolate Fruit Bread
bahan-bahan:
( A )
1 cawan tepung
2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
2 sudu kecil rempah kuih (rempah cake)
1/2 cawan serbuk koko
( B )
1/2 cawan minyak sayuran
1/2 cawan gula halus
1 sudu kecil esen vanila
2 biji telur size besar – suhu bilik
1 kotak yogurt putih (saya gunakan marigold rendah lemak 170g)
1/2 cawan buah-buahan campuran
1/2 cawan kismis
3 sudu besar susu pekat manis
Cara-cara:
1. Campurkan kesemua bahan (A) di dalam satu bekas. Gaul rata.
2. Campurkan kesemua bahan (B) di dalam satu bekas. Gaul rata.
3. Masuk kan campuran bahan (A) kedalam adunan bahan (B). Gaul hingga hanya cukup digaul sebati. Jangan gaul berlebihan.
4. Masuk kan kedalam acuan pembakar yg telah dialas dengan kertas pembakar. Saya gunakan acuan loaf.
5. Bakar pada suhu 165 darjah celcius selama 40 – 45 minit. Sebaiknya cucuk lidi untuk test. Jgn terlebih bakar nanti fruit bread nya kering.
0 Response to "Resepi Chocolate Fruit Bread"
Post a Comment