Nasi Goreng Special



Bahan-bahan ( 1 orang )

1 mangkuk nasi

Sedikit hirisan ayam, daging dan sotong

1 ulas bawang putih – ditumbuk

1 sudu besar cili kisar

1 sudu besar sos tiram

1/2 sudu besar kicap pekat (mee)

1 sudu besar sos ikan

3 ekor udang

1 biji telur

Sedikit tepung rangup

Sedikit sayur-sayuran seperti sawi, lobak, cili padi (bg yg penggemar pedas) dan cili merah

Sedikit myk utk menumis

Cara-cara

Tumis bawang putih, ayam, daging dan sotong sehingga empuk.

Masukkan cili kisar. Masak sehingga pecah minyak atau garing, kemudian masukkan sos tiram, kicap pekat dan sos ikan. Kacau sehingga sebati.

Masukkan nasi putih tadi bersama-sama sayur. Kacau sehingga ia sebati dan masak. Ketepikan

Kemudian gaul udang bersama telur yang telah dipecahkan lalu salutkan dengan tepung rangup. Goreng seketika.

Sedia dihidangkan..Nasi goreng tadi bolehlah dimakan bersama-sama telur goreng dan sup kosong..

LikeTweet

0 Response to "Nasi Goreng Special"

Video of the Day

Tujuanku adalah untuk menghimpun semua resepi masakan dan contoh hasil masakan untuk kemudahan masyarakat. credits: resepi siber 2002 sebagai panduan, resepinannie, resepimasakankini, --akan ditambah lagi panduan--