Bahan-bahan ( 2-3 orang )
6-8 ekor sotong saiz M (dibersihkan, diperap dgn kunyit dan garam serta digoreng hingga garing)
3 ulas bawang merah (ditumbuk)
1 ulas bawang putih (ditumbuk)
3 sb cili kering kisar
2-3 biji cili api (diketuk) – optional
1 sb sos masam manis
1 sb sos cili
1 sb sos tiram
1/2 inci halia (ditumbuk)
1/2 sdt garam dan gula
1 biji bawang besar dan cili merah (dihiris)
Cara-cara
Panaskan kuali dgn 2 sudu besar minyak masak/corn oil. Tumis bahan2 yg ditumbuk dan cili kisar hingga terbit bau.
Masukkan sos tiram, sos masam manis, sos tomato dan kacau hingga sebati. Masukkan sotong yg telah digoreng tadi. Kacau lagi. (gambar : sos masam manis keluaran ‘life’)
Kemudian masukkan cili api(jika suka), garam, gula, bawang besar dan cili merah. Kacau hingga kuah agak pekat.
Siap untuk dihidangkan dengan nasi panas.
0 Response to "Sotong Pedas Masam Manis"
Post a Comment