Sotong Bersoskan Black Paper

Bahan-bahan ( hidangan sekeluarga )

1/2 kg sotong

1 biji tomato (dipotong dadu besar2)

2 sudu besar black pepper sos

1 sudu besar sos tiram

2 ulas bawang putih (dicincang)

1 ulas bawang besar

1 sudu besar madu

1 sudu kecil lada hitam yang ditumbuk (klu x suka pedas, boleh kurangkan)

garam secukup rasa

minyak masak utk menumis

sedikit air

Cara-cara

  1. basuh sotong bersih2 dah gorengkan bersama sedikit minyak hingga airnya agak kering
  2. keluarkan sotong td dr kuali
  3. dengan menambah sedikit minyak lg ke dalam kuali tadi, tumis bawang putih hingga naik bau
  4. masukkan lada hitam yang telah ditumbuk dan goreng sehingga agak garing
  5. masukkan sos black pepper dan sos tiram dan kacau sehingga sebati
  6. masukkan sedikit air untuk mencairkan sedikit kuah td
  7. masukkan madu dan kacau lagi
  8. last sekali, masukkan sotong, tomato dan bawang besar ke dalam kuah td. kacau sehingga sebati
  9. tadaaaa….sedia untuk dihidang
LikeTweet

0 Response to "Sotong Bersoskan Black Paper"

Video of the Day

Tujuanku adalah untuk menghimpun semua resepi masakan dan contoh hasil masakan untuk kemudahan masyarakat. credits: resepi siber 2002 sebagai panduan, resepinannie, resepimasakankini, --akan ditambah lagi panduan--