Pai epal yg sememeh...

Pai epal yg sememeh...


 kisah pagi khamis yang mencari buah mangga tapi sebiji pun tak dapat…. lima buah kedai buah yang kak rose singgah, satu pun tak dok jual buah mangga…. melepas lah nak makan pulut mangga, dek terlior dari tayangan amal kat blog SK tu…. yang banyak applen other import fruits jer, so beli la sebeban apple hijau,  balik rumah terpikir nak buat apple pie ni…. nak makan laju jer tapi tang nak buat dia punya crust tu yang malas sangat…. tapi sbb dah ada banyak apple tu, gagahkan jugak la… memang kerja keras tangan, sememeh jer jadi pai kak rose ni….


 resepi ni kak rose kopi dari blog CMG[1], tapi dia punya pai memang sangat cantik dan kemas la kan compare dengan kak rose punya ni…tapi yang penting sedap. mintak izin nak kongsikan kat dapo kak rose ni ya Mat.. kak rose guna acuan 3 1/2 inci, pastri dan inti ngam2 dapat empat biji ni.

BAHAN-BAHAN PASTRI :-)

300 gram tepung halus (che mat guna tepung gandum)

120 gram mentega, disejukkan dan dadu kecil

40 gram lemak sayur @ shortening

1 camca teh gula aising

1/3 camca teh garam

4 – 5 camca besar air ais

BAHAN-BAHAN INTI :-)

3 biji epal hijau, kupas kulit, buang empulur dan didadu

1/3 cawan kismis

2 1/2 camca besar gula perang (boleh tambah kalau suka lebih manis)

1/2 camca teh serbuk kulit kayu manis

2 camca besar penuh mentega

1 camca besar penuh tepung jagung

1/4 camca teh garam

BAHAN-BAHAN LAIN :-)

1 kuning telur*

1/2 camca teh esen vanilla*

1 camca besar susu cair*(*dikacau rata)

 

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. UNTUK PASTRI :- Satukan tepung, gula aising dan garam, kacau rata. Masukkan mentega sejuk dan lemak sayur. Gaul ramas dengan hujung jari sehingga mendapat teksture seperti serbuk roti. Masukkan esen vanila dan air ais sedikit demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh yang tidak melekat di mangkuk adunan. Bulat2kan dan bungkus dengan plastik. Simpan dalam peti sejuk 30 minit.
  2. UNTUK INTI PAI :- Panaskan mentega, masukkan epal dan kismis, kacau dan tambah gula perang dan garam. Gaul rata dan masak dengan api kecil hingga epal lembut. Masukkan serbuk kayu manis dan tepung jagung. Gaul rata dan masak hingga inti pekat. Matikan api dan sejukkan.
  3. UNTUK PAI EPAL :- Panaskan acuan pada suhu 180C. Sediakan acuan sesuai (che mat guna acuan berukuran 6 inci). Keluarkan doh dari peti sejuk, kerat 2 dan ambik 1/2 bahagian dan simpan 1/2 lagi dalam peti sejuk. Tabur tepung atas meja kerja, canai doh kurang lebih 0.3 cm, kemudian alaskan pada acuan tadi. Kemaskan dan cucuk permukaannya dengan garfu.
  4. Isikan dengan inti pai, ratakan. Canai baki doh dan terap dengan acuan bentuk daun, susun ikut kreativiti anda pada bahagian atas inti pai sehingga menutupi semua bahagian. Kemudian sapu dengan bancuhan kuning telur masukkan ke dalam oven di rak paling bawah dan guna api bawah sahaja selama 40 – 45 minit atau hingga pai kelihatan perang keemasan. Keluarkan dan biar sekejap. Tanggalkan pai dari acuan dan boleh hidangkan.

References

  1. ^ CMG (www.tiffinbiru.com)

Rujukan : seripayaku.blogspot.com

LikeTweet

0 Response to "Pai epal yg sememeh..."

Video of the Day

Tujuanku adalah untuk menghimpun semua resepi masakan dan contoh hasil masakan untuk kemudahan masyarakat. credits: resepi siber 2002 sebagai panduan, resepinannie, resepimasakankini, --akan ditambah lagi panduan--