dah beberapa hari dok teringat nak makan pulut+mangga ni… hari khamis lepas g cari beberapa kedai tapi satu pun tak de yang jual mangga, jadi bila hari ahad lepas g menyoping barang dapo kat tesco, ternampak lah mangga jenis water lily ni….walaupun sebenarnya nak cari mangga yang emas hitam tu… tapi dek ini jer yang ada, amik jugak la… tapi sayang, a bit masam yang rasanya memang kurang sesuai dimakan dengan pulut…. adoyai la!!!!!
apa pun bila dah kena dengan kuah santan yang lemak manis ni, dapatlah jugak memenuhi tekak yang teringin sangat nak makan pulut mangga… cuma kurang puas hati sbb mangga yg a bit masam tu!resepi dari citarasawan[1], mekasih ya.
Bahan-bahan
2 biji mangga – potong ikut suka
250gm beras pulut – rendam semalaman atau 4 jam
100ml santan + 1/4 sudu teh garam
2 helai daun pandan – carikkan
Sos santan
150ml santan KARA (kak rose guna santan fresh)
150ml air
4 sudu besar gula perang
1/4 sudu kecil garam
2 helai daun pandan
4 sudu kecil tepung jagung larutkan dgn sedikit air
1. Tos pulut dan kukus selama 15 minit. Angkat dan masukkan ke dalam bekas.
2. Gaul bersama santan hingga rata. Masukkan kembali ke dalam pengukus bersama daun pandan.
3. Kukus semula selama 20 minit atau hingga masak.
4. Sos santan : Satukan semua bahan kecuali tepung jagung. Masak hingga gula larut. Kemudian masukkan tepung jagung dan masak hingga sos nampak pekat.
5. Hidangkan pulut bersama mangga dan sos santan.
References
- ^ citarasawan (resipicitarasawan.blogspot.com)
Rujukan : seripayaku.blogspot.com
0 Response to "Pulut mangga"
Post a Comment