Resepi Rakyat Malaysia: Sup Ayam dengan Fucuk Goreng

[Resepi Rakyat Malaysia]
ResepiRakyat




Sup Ayam buat semalam saing gulai ayam. Hanny takda kincham (lily bud) & suhun, so tak taruk… Kalau ada lagi sedap… Ni ada gambar fucuk goreng sekali. Fucuk goreng ni kalau hidang dengan mee kari pun sedap. Cubalah. ~ Hanny
Bahan
1/4 ekor ayam (potong kecil, basuh dan tos)
7-8 biji bawang merah (kalau lebih lagi sedap)*
2-3 ulas bawang putih*
1-2 keping fucuk (gunting saiz 1 inci)
100g suhun (rendam)
1 peket kincham (lily bud) (gunting hujung keras dan rendam)
1/2 tsp lada hitam
minyak masak
garam
air
Cara
  1. Tumbuk bawang merah, bawang putih dan lada hitam sehingga lumat.
  2. Goreng fucuk dalam minyak yang betul-betul panas. Goreng sehingga kuning dan ketepikan.
  3. Tumis bahan tumbuk sehingga wangi dan kekuningan.
  4. Masukkan ayam dan masak dalam 3 minit.
  5. Masukkan air dan garam secukupnya.
  6. Masak sehingga mendidih dan masukkan kincham, suhun dan fucuk goreng. Gaul rata semua bahan dan biarkan sehinggan mendidih sekali lagi. Boleh tambah stok ayam jika suka.
  7. Hidangkan.
468 ad
Loading ... Loading …


References

  1. ^ (resipi.net)
  2. ^ View all posts in Sup (resipi.net)
  3. ^ Comment on Sup Ayam dengan Fucuk Goreng (resipi.net)
LikeTweet
resepi.net


0 Response to "Resepi Rakyat Malaysia: Sup Ayam dengan Fucuk Goreng"

Video of the Day

Tujuanku adalah untuk menghimpun semua resepi masakan dan contoh hasil masakan untuk kemudahan masyarakat. credits: resepi siber 2002 sebagai panduan, resepinannie, resepimasakankini, --akan ditambah lagi panduan--