Resepi Biskut Coklat Chips Rangup Famous Amos
Resepi Biskut Coklat Chip Rangup
Bahan A
1/4 cawan gula kaster
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan mentega (lebih kurang 75 gm)
1/2 cawan minyak jagung
1 biji telur gred B
1/4 sk garam
1/2 sb susu segar @ susu tepung
1/2 sk vanilla extract
Bahan B
2 cawan tepung gandum (di ayak)
1 sb serbuk koko (di ayak)
1 sb tepung jagung (di ayak)
1/2 sk cream of tartar Nona (boleh ganti dg 1/2 sk cuka/ jus lemon)
1/2 sk soda bikarbonat
1/2 cawan walnut cincang/almond nib (blh ganti biji bunga matahari)
1 cawan semi sweet chocolate chips
Cara cara adunan Resepi Biskut Coklat Chip Rangup Famous Amos
Campurkan semua bahan A ke dalam sebuah mangkuk besar, adun hingga sebati dengan menggunakan pemukul atau whisk.
Kemudian ayak tepung gandum
bersama-sama serbuk koko, tepung jagung, soda bikarbonat dan serbuk
cream of tartar. menggunakan teknik sedikit demi sedikit masukkan tepung
ke dalam adunan yang telah disediakan pada awal tadi. kacau hingga
sebati dengan menggunakan spatula kemudian campurkan walnut dan
chocolate chips yang menjadikan adunan agak lembik.
Sudukan bancuhan ke dalam loyang atau
untuk lebih mudah hanya menggunakan tangan sahaja dengan membuat bentuk
bulat leper. Kedudukan bancuhan hendaklah agak jarak dedikit kerana
ianya akan mengembang. Biarkan loyang dalam keadaan kering tidak perlu
disapu mentega atau minyak masak.
Oven perlu dipanaskan dahulu sehingga
pada suhu 160 celcius kemudaian bakar adunan tersebut selama 20 minit.
Setelah masak angkat dan sejukkan di atas jaringan besi.
Resepi Biskut Coklat Chip Rangup Famous Amos
Nota:
1) Resepi asal mengunakan 1 cawan gula
kaster dan 1 cawan gula perang. Jika inginkan bancuhan yang sedikit
tawar, boleh kurangkan sukatan kepada 3/4 cawan gula halus bersama 3/4
cawan gula perang. bancuhan ini dapat menghasilkan sebanyak 100 biji Biskut Coklat Chip Rangup Famous Amos.
2) Tips untuk menjadikan biskut yang
tak terlalu rapuh – tambahkan tepung jagung ke dalam bancuhan menikut
kesesuaian kerasnya adunan yang anda inginkan.
3) Bagi menjadikan biskut yang cantik
dan tidak meleper - selepas siap sesuatu adunan simpan dalam peti sejuk
selama 30 minit, selepas itu bolehlah disudukan ke dalam dulang pembakar
atau menggunakan tangan.
Semasa proses membakar adunan yang belum dimasak letakkan di dalam peti sejuk supaya adunan tidak mencair.
Selamat mencuba Resepi Biskut Coklat Chip Rangup Famous Amos[1] yang sedap
References
- ^ Resepi Biskut Coklat Chip Rangup Famous Amos (resipimasakankini.blogspot.com)
- ^ Koleksi Resepi Biskut Raya Paling Sedap (resipimasakankini.blogspot.com)
Rujukan Resepi :
resepimasakankini.blogspot.com
0 Response to "Resepi Biskut Coklat Chips Rangup Famous Amos"
Post a Comment