APAM NASI PUTIH GEBU

APAM NASI PUTIH GEBU


APAM NASI PUTIH GEBU

Facebook Page : Resepi Kek & Puding
Website Resepi Kami : Daridapur.com
Bahan-bahan :

1 cawan nasi
2 cawan tepung beras
1 cawan gula putih
1 1/4 cawan air
1 sudu kecil yis
1 paket kecil eno - tanpa perisa

Caranya:

Blend nasi dengan air hingga halus kemudian masukkan sugar, tepung dan yis. Blend lagi hingga sebati. Masukkan ke dalam bekas dan tutup rapat. Perap lebih dari 3 atau 4 jam atau semalaman.

Selepas diperap kacau perlahan dan masukkan eno, kacau sebati perlahan-lahan
dan biar sebentar.

Panaskan kukusan. Masukan ke dalam acuan-acuan kecil yang telah disapu sedikit minyak. Isikan hanya 1/2 penuh sahaja. Kukus selama 15 minit dengan api kuat.

Boleh di makan dengan kelapa parut yang digaul dengan garam dan dikukus sebentar, jika suka.

2016-04-23T04:00:00+0000
Original Link

0 Response to "APAM NASI PUTIH GEBU"

Video of the Day

Tujuanku adalah untuk menghimpun semua resepi masakan dan contoh hasil masakan untuk kemudahan masyarakat. credits: resepi siber 2002 sebagai panduan, resepinannie, resepimasakankini, --akan ditambah lagi panduan--