Resepi Apam Pisang Gebu
Resepi Apam Pisang Gebu
Facebook Page : Resepi Kek & Puding
Website Resepi Kami : Daridapur.com
Bahan-bahan :
• 1 cwn pisang yang telah di lenyek (pisang Philipine)
• 4 biji telur
• 1 cwn gula
• 3/4 cwn minyak sayur
• 2 cwn tepung gandum
• 1 st soda bikarbonat
• 1 st baking powder
• 1 st esen vanila
Cara-cara
1. Panaskan kukusan. Glis loyang dengan sedikit marjerin dan taburkan tepung. Ketepikan.
2. Ayak tepung gandum bersama soda bikarbonat dan baking powder. Ketepikan.
3. Pukul telur dan gula dengan menggunakan whisk hingga gula hancur.
4. Masukkan minyak dan sebatikan.
5. Masukkan esen vanilla, pisang lenyek dan kacau hingga rata.
6. Masukkan campuran tepung dan kacau rata.
7. Tuang adunan ke dalam loyang.
8. Kukus dengan api sederhana selama 40 minit.
9. ~ Selamat mencuba ~
2016-04-24T13:30:01+0000
Original Link
0 Response to "Resepi Apam Pisang Gebu"
Post a Comment