RESEPI DONUT MAYONIS <3

RESEPI DONUT MAYONIS <3


RESEPI DONUT MAYONIS <3
.
Bahan-bahan :
â€" 330 gram tepung gandum
â€" 1 1\2 sudu besar mayonis
â€" 1 sudu besar susu tepung/skim milk
â€" 1 biji telur (dipukul sedikit mengunakan garpu)
â€" 140ml air suam
â€" 1 1\2 sudu besar marjerin
â€" 3 sudu besar gula
â€" 4 gram yis (1 1/2 sudu kecil)
â€" Serbuk Gula (kisar gula sedikit)
.
Cara penyediaan :
1. Kaedah.
● Menggunakan Bread Maker (BM).
● Masukkan semua bahan dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start.
● Tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 3 di bawah.

2. Kaedah.
● Jika uli tangan,masukkan semua bahan doh dan uli hingga tidak melekat pada tangan.
● Tips untuk dapat doh yang lembut,ambil plastik bersih dah letakkkan doh di dalam plastik.
● Ramas-ramas beberapa minit,lebih kurang 5 hingga 10 minit.
● Keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan,anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.
● Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastik wrap dan biar doh naik dua kali ganda.
● Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.
.
3. Sambungan kaedah 1.
● Bahagi doh pada bebola kecil dan rehatkan selama 6 hingga 8 minit.
● Kemudian bentukkan seperti donut,lubangkan tengahnya,biarkan naik dua kali ganda.
● Goreng donut tadi sehingga kuning ke-emasan, gunakan api sederhana.
● Angkat dan salutkan dengan serbuk gula,
● Siap dihidangkan.
.
SELAMAT MENCUBA (Y)
LIKE / TAG / SHARE

2016-04-03T03:59:58+0000
Original Link

0 Response to "RESEPI DONUT MAYONIS <3"

Video of the Day

Tujuanku adalah untuk menghimpun semua resepi masakan dan contoh hasil masakan untuk kemudahan masyarakat. credits: resepi siber 2002 sebagai panduan, resepinannie, resepimasakankini, --akan ditambah lagi panduan--