RESEPI TERUNG MASAK BERLADA <3

RESEPI TERUNG MASAK BERLADA <3


RESEPI TERUNG MASAK BERLADA <3
.
Bahan-bahannya :
â€" 3 batang terung panjang sederhana besar (terung bulatpun boleh).
â€" Cili merah - 6-8 biji (boleh tambah 3-4 cili padi jika mahu pedas).
â€" Bawang merah - 6 biji.
â€" Bawang putih - 4 biji.
â€" Bawang besar - Setengah/ 1 biji dihiris kasar (kalau mahu).
â€" Sedikit ikan bilis atau boleh diganti dengan setengah kiub bilis (kalau serbuk dalam 1 sudu kecil).
â€" Sedikit gula dan garam.
.
Cara penyediaan :
● Terung tersebut bolehlah dihiris menyerong atau menegak,kecil atau besar mengikut kreativiti masing-masing.
● Semasa memotong lihat juga kalau ada yang busuk di dalamnya dan perlu dibersihkan.
● Biasanya terung panjang jarang yang rosak,(terung bulat yang mudah rosak di dalamnya.Ummi suka terung yang panjang kerana yang bulat sedikit keras jika tidak dimasak lama).
● Setelah dibasuh,terung digoreng dengan sedikit minyak atau boleh juga diibakar menggunakan kuali yang tidak melekat.
● Setelah masak.
● Asingkan ketepi.
● Dengan menggunakan minyak yang sama,kita bolehlah menumis bahan-bahan lain.
● Kalau minyak banyak,keluarkan dahulu sebahagian.
● Bawang merah,bawang putih dan cili merah ditumbuk atau dimesin kasar (jangan mesin terlalu hancur seperti mesin cili kering).
● Tumiskan kesemua bawang tersebut,masukkan juga kiub ikan bilis / ikan bilis dan bawang besar.
● Api jangan terlalu besar dan dikacau-kacau sehingga masak dan nampak sedikit garing.
● Bolehlah tambahkan garam dan gula secukup rasa.
● Semua bahan dalam kuali dikacau agar sebati dan akhirnya dimasukkan terung-terung tadi.
● Gaul balikkan terung dan bahan tumisan.
● Siap dihidangkan.
.
SELAMAT MENCUBA (Y)
LIKE / TAG / SHARE

2016-05-02T13:00:00+0000
Original Link

0 Response to "RESEPI TERUNG MASAK BERLADA <3"

Video of the Day

Tujuanku adalah untuk menghimpun semua resepi masakan dan contoh hasil masakan untuk kemudahan masyarakat. credits: resepi siber 2002 sebagai panduan, resepinannie, resepimasakankini, --akan ditambah lagi panduan--