Resepi Puding Keju Karamel
Resepi Puding Keju Karamel
Dapatkan Jus Minuman Gcmax, Dalam Masa 5 Hari Turun 3kg,
100 % Berkesan & Ada Kelulusan KKM, klik sini â Rahsia Cantik Menawan
Bahan-bahan :
Bahan karamel
-3 sudu besar gula
Cara-Cara
Buat karamel dengan menghanguskan gula dalam loyang tahan panas. Apabila gula telah cair dan bertukar kepada warna perang, gerak-gerakkan loyang supaya karamel sekata. Ketepikan dan biar karamel membeku.
Bahan Puding
-4 biji telur
-1 tin susu cair
-4 sudu besar susu pekat manis
-100gm cream cheese
-80ml whipping cream
-1/2 sudu besar sunquick
-1 sudu teh esen vanila
-1sudu teh tepung kastad
Cara-Cara
Cairkan cream cheese dan susu cair hingga cream cheese cair sepenuhnya dengan kaedah double boiler. Biar suam.
Satukan telur, susu pekat manis, whipping cream, sunquick, esen vanila dan tepung kastad dalam adunan cream cheese tadi. Gaul sekata. Jangan sampai berbuih.
Tapis adunan ke dalam loyang karamel tadi. Bakar secara water bath selama 40 minit atau sehingga masak pada suhu 160c. Untuk elak permukaan puding hangit, tutup loyang dengan aluminium foil.
Sejukkan dahulu sebelum dikeluarkan dari loyang. Simpan dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.
2015-02-23T09:23:04+0000
Original Link
0 Response to "Resepi Puding Keju Karamel"
Post a Comment