RESEPI AYAM MASAK HALIA <3

RESEPI AYAM MASAK HALIA <3


RESEPI AYAM MASAK HALIA <3
.
Bahan bahan :
â€" 500 gram ayam,potong kecil.
â€" 4 ulas bawang putih,hiris nipis.
â€" 2 cm halia,dihiris halus memanjang.
â€" 1 sudu besar kicap cair.
â€" 1 sudu besar sos tiram.
â€" 1 biji bawang besar,hiris nipis membulat.
â€" 1 biji cili merah,hiris nipis.
â€" 1 tangkai daun bawang,hiris panjang 2cm cm
â€" 1 1/2 sudu kecil tepung jagung,bancuh dengan sedikit air.
â€" Minyak masak,untuk goreng ayam.
â€" Sedikit lada sulah atau lada hitam.
â€" Sedikit garam dan kunyit.
â€" Garam dan gula, secukup rasa.
.
Cara Penyediaan :
● Panaskan minyak.
● Gaul ayam bersama garam dan kunyit kemudian goreng separuh masak.
● Angkat dan ketepikan.
● Ambil sedikit minyak dari baki gorengan ayam tadi anggaran 1/2 senduk dan tumis bawang putih bersama halia sehingga naik bau.
● Masukkan kembali ayam yang digoreng separuh masak tadi.
● Masukkan pula sos tiram,kicap cair dan sedikit taburan lada putih.
● Kacau seketika (jaga jangan sampai bawang putih hangus).
● Masukkan air bancuhan tepung jagung dan kacau sehingga kuah menjadi sebati dan pekat.
● Tambah sedikit lagi air jika anda suka lebih kuah.
● Taburkan dengan cili merah dan bawang besar dan kacau selama 2-3 minit sebelum diangkat.
● Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
● Angkat dan tabur dengan daun bawang.
● Siap dihidangkan.
.
Tips :
Hati-hati semasa masukkan garam kerana kicap cair sudah masin,begitu juga ayam tadi yang sudah masin diperasakan garam semasa menggoreng.
.
SELAMAT MENCUBA (Y)
LIKE / TAG / SHARE

2016-05-02T08:27:05+0000
Original Link

0 Response to "RESEPI AYAM MASAK HALIA <3"

Video of the Day

Tujuanku adalah untuk menghimpun semua resepi masakan dan contoh hasil masakan untuk kemudahan masyarakat. credits: resepi siber 2002 sebagai panduan, resepinannie, resepimasakankini, --akan ditambah lagi panduan--