Resepi Apple Strudel Muffins

Resepi Apple Strudel Muffins


Resepi Apple Strudel Muffins
Sedapnya apple muffin ni ..dengan salutan rasa buah epal pasti anak2 suka

Bahan-bahan :
2 cwn tepung gandum*
1 sudu kecil baking powder*
1/2 sudu kecil baking soda*
1/2 sudu kecil garam* (saya letak secubit je)bhn bertanda* diayak bersama
1 cawan gula halus
1/2 cwn butter
2 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
1 1/2 cawan epal yg di dadu kecil (dlm 2 biji)
Bahan Untuk Crumble :-
1/3 cawan gula perang( Dark Brown Sugar)
2 sudu besar tepung gandum
1/8 sudu teh serbuk kayu manis
1 sudu besar mentega

Cara-Caranya
Panaskan oven pada suhu 200C, sediakan muffin cup jenis keras atau alas muffin pan dengan paper cup secukupnya. Satukan bahan2 untuk "crumble", gaul rata dengan hujung jari sehingga menjadi teksture seakan2 serbuk roti yang kasar. Ketepikan.
Dalam mangkuk, satukan tepung gandum, b. powder, b.soda dan garam yg telah di ayak. Ketepikan.

Dalam bekas lain, pukul mentega dan gula hingga rata. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati. Masukkan esen vanilla dan kacau sebati. Masukkan epal dan gaul rata guna senduk kayu/spatula.

Masukkan tepung tadi ke dalam adunan mentega sedikit demi sedikit dan gaul rata, kacau satu arah sahaja. Sudukan ke dalam bekas2 yang telah disiapkan tadi 3/4 penuh.
Tabur dengan crumble tadi diatas setiap muffin tadi, tekan2 sikit.
Bakar 25 minit atau hingga masak. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya.


2015-03-09T06:34:30+0000
Original Link

0 Response to "Resepi Apple Strudel Muffins"

Video of the Day

Tujuanku adalah untuk menghimpun semua resepi masakan dan contoh hasil masakan untuk kemudahan masyarakat. credits: resepi siber 2002 sebagai panduan, resepinannie, resepimasakankini, --akan ditambah lagi panduan--