POPIA RIBEN SERUNDING KELAPA UDANG KERING

POPIA RIBEN SERUNDING KELAPA UDANG KERING


POPIA RIBEN SERUNDING KELAPA UDANG KERING

Facebook Page : Resepi Kek & Puding
Website Resepi Kami : Daridapur.com
Bahan-bahan :

Bahan bahan serunding :

1 biji kelapa parut
3 sudu besar udang kering (rendam sampai lembut , tos dan blend / kisar halus)
2 sudu cili kisar
BAHAN BLEND:
8 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci lengkuas
3 batang serai

1 sudu ketumbar (blend kering)
1/2 sudu jintan manis / jintan kasar ( blend kering)
1/2 sudu jintan putih / jintan halus ( blend kering )
1/3 sudu serbuk kunyit
1/4 cawan air asam jawa
3 helai daun limau purut (jangan banyak nanti terasa sangat )
Garam gula secukup rasa

Cara membuat serunding :

1. Gaul kelapa parut + serbuk kunyit sampai sebati . Sangaikan dalam kuali sekejap .

2. Masukkan sedikit minyak di dalam kuali dan panaskan . Tumiskan semua bahan bahan blend *kisar halus ( bawang m! erah , bawang putih , lengkuas , ketumbar , jintan manis / jintan kasar , jintan putih / jintan halus , serai ) sampai naik bau yang harum

3. Masukkan cili kisar *kalau suka pedas boleh letak lebih sedikit dan udang kering . Tumis sampai pecah minyak. Guna api perlahan

4. Masukkan garam gula secukup rasa . Kemudian masukkan daun limau purut,kacau sampai masak .

5. Akhir sekali masukkan kelapa yang telah disagai sekejap tadi dan masak sehingga kering .

6. Cara membungkus popia:

Kulit popia dipotong segi empat panjang, isi serunding udang di tengah dan gulung. Kemudian temukan kedua2 hujungnya dan simpul sekali.seperti riben.

7. Goreng guna minyak yang banyak. Guna api sederhana dan sentiasa kacau kerana mudah hangus.

2016-04-17T10:17:08+000! 0
Original Link

0 Response to "POPIA RIBEN SERUNDING KELAPA UDANG KERING"

Video of the Day

Tujuanku adalah untuk menghimpun semua resepi masakan dan contoh hasil masakan untuk kemudahan masyarakat. credits: resepi siber 2002 sebagai panduan, resepinannie, resepimasakankini, --akan ditambah lagi panduan--