RESEPI KUIH LAPIS GARDENIA <3
RESEPI KUIH LAPIS GARDENIA <3
.
Bahan bahan :
â" 6 keping roti sandwic.
buang kulit tepi,siat kecil & rendam dengan 150 gm air.
â" 75 gm gula pasir.
â" 3/8 tsp garam.
â" 300 gm santan.
â" 150 gm air.
â" 90 gm tepung beras.
â" 30 gm tepung sagu.
â" 1 tsp coklat emulco.
â" pewarna kuning & oren.
.
Caranya penyediaan :
â Panaskan kukusan.
â Sediakan loyang bersaiz 6 inci persegi.
â Alas dengan plastik tahan panas dan sapukan dengan sedikit minyak masak.
â Satukan air,santan,gula,garam dan masak hingga gula larut.
â Biarkan suam.
â Masukkan roti yang direndam bersama setengah santan yang dimasak tadi ke dalam pengisar.
â Kisar hingga halus.
â Satukan tepung beras dan tepung sagu dalam bekas.
â Masukkan bahan kisaran ke dalam bekas berisi tepung sambil dikacau dengan whisk sehingga sebati.
â Adunan dibahagikan kepada beberapa bahagian.
â Bahagian 1 dibahagikan untuk 3 lapisan dan diwarnakan kuning.
â Bahagian 2 dibahagikan untuk 2 lapisan dan diwarnakan oren.
â Bahagian 3 dibahagikan untuk 4 lapisan dan dibubuh coklat emulco.
â Pastikan setiap lapisan itu sama banyak agar lapisannya sama tebal.
â Bila kukusan dah betul-betul mendidih,letakkan loyang dalam kukusan.
â Tuang adunan kuning dulu sebagai lapisan pertama dan kukus 5 minit.
â Tuang pula selapis adunan coklat dan kukus lagi 5 minit.
â Diikuti dengan selapis adunan oren.
â Teruskan melapis dan kukus sehingga semua adunan habis digunakan.
â Bila sampai lapisan terakhir kukus selama 10-15 minit dengan api sederhana.
â Siap dihidangkan.
.
SELAMAT MENCUBA (Y)
LIKE / TAG / SHARE
2016-04-06T02:21:24+0000
Original Link
0 Response to "RESEPI KUIH LAPIS GARDENIA <3"
Post a Comment