Cara Buat Burger Malaysia

Cara Buat Burger Malaysia


Cara Buat Burger Malaysia

Perkongsian Drpd: Gee Ahmad
Lagi resepi kami di Dardapur.com

Step-By-Step Menyediakan Pau

Sambal@Berger Malaysia

Bahan-Bahannya adalah:

2 sudu kecil yis mauripan
1/4 cwn air suam
1 sudu kecil gula

[Satukan Semua bahan diatas,dan biarkan ia berbuih utk memastikan yis aktif]

3 cawan tepung gandum
4 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar susu tepung
1 biji telur
1/2 cwn air (Ikut keperluan)
2 sudu besar butter/majerin

Resepi sambal :

Lada kering 10-15 tangkai, bawang besar 1biji, bawang putih 4 ulas, halia 1 inci, air asam jawa sikit, gula, garam secukup rasa.

Tumis sampai kering sikit. Sambal manis sikit sedap, sy letak 4 sudu gula.

Cara Buat Pau :)

Gula, air suam dan yis. Rehatkan sehingga berbuih mcm dalam gambar.

Campurkan tepung, majerin, susu tepung, dan garam.

Gau! lkan sehingga jadi macam ni.

Uli guna tangan sehingga doh tak melkat pada tangan, licin, kenyal, dan lembut. Siap uli boleh rehatkan 30minit.

Rehatkan doh 30minit.

Tumbuk untuk buang angin.

Bentuk kan ikut kesukaan awak2 semua. Dah siap, rehatkan lagi 30minit.

Goreng dalam minyak yg byk dan panas.

2016-04-29T07:00:00+0000
Original Link

0 Response to "Cara Buat Burger Malaysia"

Video of the Day

Tujuanku adalah untuk menghimpun semua resepi masakan dan contoh hasil masakan untuk kemudahan masyarakat. credits: resepi siber 2002 sebagai panduan, resepinannie, resepimasakankini, --akan ditambah lagi panduan--