RESEPI HOKKAIDO CHIFFON CUPCAKE
RESEPI HOKKAIDO CHIFFON CUPCAKE
Sumber: Mat Gebu
Lagi resepi kami di Daridapur.com
Bahan Bahannya:
Bahan A
• 4 biji putih telur gred C
• 30g gula kastor
• 1/2 sudu kecil cream of tartar (Taknak letak pon takpe)
Bahan B
• 4 biji kuning telur gred C
• 20g gula kastor
• 35g minyak jagung @ sayuran lain
• 60ml susu segar (Saya guna Susu Cair)
• 1 sudu kecil esen vanila
• 20g tepung jagung/tepung kastad
• 55g tepung gandum @ Superfine Flour
• secubit garam*
Bahan C (Krim Kastad Resepi daripada "honey" & Azlita Masam Manis)
• 1 sudu besar tepung gandum
• 1 sudu besar tepung kastad
• 4 sudu besar gula
• 200ml susu segar
• 1 biji telur (size A)
• 1 sudu besar mentega
Cara Buat :
Bahan A
Pukul bahan A hingga bertanduk @ meringue. Bila cuba terbalikkan, tak jatuh, maksudnya jadilah tu
*MAKE ! SURE BEKAS BERSIH TANPA SEBARANG HABUK, MINYAK ATAU AIR
Bahan B
-Ayakkan Tepung gandum, tepung kastard, dan garam - ketepikan
-Dalam mangkuk, satukan kuning telur dan gula kastor/gula halus dan pukul sehingga berkrim.
-Masukkan esen vanila, susu segar dan minyak jagung. Kacau sebati. Masukkan bahan ayak sedikit demi sedikit sambil putar. Putar hingga licin dan tak berbiji.
- Ambil 1/3 adunan A (meringue) tadi dan masukkan dalam adunan B. Kacau manja dengan menggunakan spatula (Kaup Balikkan). Masukkan baki lebih meringue dan kaup balikkan lagi
- Masukkan 3/4 adunan ke dalam Cup
-Bakarkan pada suhu 170 degree celcius selama 20 minit.
*Bergantung juga kepada saiz dan jenis oven.
Bahan C (Krim Kastard)
-Sementara menunggu kek masak dan sejuk, bolehlah buat krim kastard. Krim kastard ni akan digunakan sebagai "filling kek chiffon nanti
- Masukkan semua bahan ke dalam periuk. Kacauka! n sehingga larut dan tidak berketul. Masak sehingga pekat dan ! sejukkan.
-Paipkan kastard ke dalam cupcakes menggunakan nozel tajam. hiaskan mengikut citarasa.
*untuk nampak lebih "itali", boleh taburkan gula icing di atasnya.
Boleh pipingkan dengan chocolate ganache/creamcheese
Selamat mencuba :)
2016-04-19T07:00:00+0000
Original Link
0 Response to "RESEPI HOKKAIDO CHIFFON CUPCAKE"
Post a Comment