Resepi Biskut Lidah Kucing

Resepi Biskut Lidah Kucing


Resepi Biskut Lidah Kucing

Facebook Page : Resepi Kek & Puding
Website Resepi Kami : Daridapur.com
Bahan-bahan :

> 250 gm mentega
> 175 gm gula kastor
>100 ml putih telur
> 200 gm tepung gandum
>50 gm tepung jagung
>1/4 sudu teh emplex
>Pewarna merah, oren, kuning, hijau dan biru ( pilih warna mengikut pilihan hati )
>Loyang khas lidah kucing di gris dengan sedikit mentega

Cara-cara :

1 Ayak tepung jagung, tepung gandum dan emplex, ketepikan

2 Dalam mixer pukul mentega dan gula hingga berkrim

3 Masukkan putih telur sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati

4 Masukkan tepung dan kaup balik dengan spatula hiungga rata

5 Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian

6 Letakkan pewarna untuk setiap bahagian

7 Masukkan dalam piping bag untuk setiap warna berlainan

8 Potong hujung muncung bag plastik atau piping bag kecil

9 Paip! kan atas loyang lidah kucing mengikut corak yang di kehendaki mengikut warna pelangi

10 Bakar dalam oven pada suhu 150 C selama 15 hingga 20 minit

11 Jaga jangan sampai keperangan dan hangus kerana warnanya akan pudar dan tidak menyerlah

12 Biarkan sejuk sebelum di simpan di dalam bekas kedap udara

Selama Mencuba !!

2016-05-01T13:30:00+0000
Original Link

0 Response to "Resepi Biskut Lidah Kucing"

Video of the Day

Tujuanku adalah untuk menghimpun semua resepi masakan dan contoh hasil masakan untuk kemudahan masyarakat. credits: resepi siber 2002 sebagai panduan, resepinannie, resepimasakankini, --akan ditambah lagi panduan--